Latar belakang Mohd Asna Amin

Mohd Asna mempunyai ijazah sarjana muda Pengurusan Teknologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau mempunyai sebuah syarikat, Dermaga Sari Holdings yang menjalankan pelbagai cabang perniagaan. Antaranya, beliau mengusahakan pusat pendidikan, Kolej Antarabangsa Unifield di Pajam, Negeri Sembilan.

Beliau juga merupakan bekas pengerusi Masjid Ibnu Khaldun, Taman Lavender Height di Senawang, Negeri Sembilan[1].